|
|
 |
 |
Feb 9, 2007
Bagaimana Memperteguhkan Persahabatan..?
Hamka menulis; bahawa sayidina Umar bin Khathab telah memberi beberapa petanda untuk meneguhkan persahabatan : 1. kalau dia berbuat sesuatu kesalahan kepadamu dengan jalan mendurhakai Allah SWT, balaslah dengan jalan taat kepada Allah SWT. 2. letakkanlah pekerjaan kawan itu di tempat yang baik, sampai datang bukti yang cukup atas yang sebenarnya. 3. jangan lekas menyangka salah terhadap perkataan seseorang, padahal masih ada jalan lain untuk membawanya kepada erti yang baik . 4. siapakah yang tegak pada tempat tuduhan, jangan arah jika orang bersangka jahat kepadanya. 5. selama masih teguh memegang rahsia, selama itu pula masih terpegang kebaikan di tangan. 6. carilah sahabat yang jujur, dengan jalan demikian engkau terpelihara dari bahaya, dan dialah tempat kembali ketika datang bencana. 7. jujurlah, walaupun kejujuran itu akan membunuh mu. 8. jangan suka mengorek-gorek perkara yang bukan perkara mu. 9. jangan di tanya barang yang tidak ada, lantaran kadang-kadang sebab ditanyakan, barangan yang tiada jadi ada. 10. jangan meminta tolong menyampaikan hajat mu kepada orang yang tidak suka hajat mu itu berhasil. 11. jangan berkawan dengan orang durjana, kerana dengan berkawan dengan mereka mengajar engkau kenal pula akan kedurhakaan. 12. jauhi musuh mu!!!!! 13. hendaklah berawas pada seseorang, sebelum di percayai benar. 14. tidak ada kawan yang boleh di percayai, jika dia tidak takut Allah SWT. 15. hati-hatilah mengucapkan perkataan. 16. rendahkan diri ketika taat . 17. teguhkan hati menjauhkan maksiat dan suatu pekerjaan dari mu sendiri, jika sulit, bermusyawaratlah dengan yang takut kepada Allah SWT.kerana kalam Allah ertinya: "hamba Allah yang takut kepada Allah hanyalah orang yang berpengetahuan jua [Ulama']" (surah Faathir: ayat 28) Abu Hatim berfatwa pula: "orang yang bijaksana tidaklah mencari sahabat melainkan orang-orang yang panjang fikiranya, kuat agamanya, luas ilmunya, tinggi akhlaknya, lanjut akalnya dan pada waktu mudanya hidup bergaul dengan orang-orang yang salih.Barangsiapa yang melalaikan percintaan sahabatnya, tidaklah dia akan merasai buah persaudaraan orang itu. Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan lantaran 'takut kena' hiduplah dia tidak bersaudara. Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi putus persahabatan.

Posted at 10:31 pm by almaslul
Jan 28, 2007
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,Kecuali diri sendiri…..Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuranSeorang sahabat,begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahamiYang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.Harapan dan impian juga kita luahkan.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hinggaKadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.Pernah kah kita memberi dia peluang untukmenceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…Kerana dia juga seorang manusia,Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..Sebagai kekuatanJadilah kita sahabatnya itu….Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu….Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..RENUNGILAH...HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYASatu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agarkita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

UNTUK MENGENAL ERTI SEBUAH PERSAHABATAN ITU.....
sahabat yg baik adalah sahabat yg byk berkorban utk kita, sanggup meluang masa utk kita,yg xpenah mengeluh dlm memberi pertolongan..bukan senang kn klu nk cari sahabat yg mcm ni..yg xpenah bekira dlm apa juga hal..yg memahami n yg sedia bkongsi suka duka..tp mcm mana kita nk dpt sahabat yg seperti tu klu kita sendiri xmemahami erti sahabat..? dan juga apa itu pengorbanan..pengorbanan apakah yg dah dilakukan sahabat kita perlu dibalas..nk dpt shabat yg baik bkn senang tp jika nk dpt kita perlulah juga sedia bkorban utk sahabat...itulah yg dikatakn saling memahami... dan juga ada kejujuran n keikhlasan kedua2 pihak... sy ada seorg sahabat..yg betul2 baik n memahami..nk cari sahabat yg baik xperlu kita tgk pd agamanya..kuat solatnya or slalu gi masjidnya tp lihat pd keikhlasan dia dlm bersahabat..contohnya kita blh lihat jika kita keluar mkn sama-sama..jika dia ada duit dia akan bayar [belanja] sume..mmg dia xkedekut utk bayar wpun nmpk keikhlasan dimukanya...pastu bila kuar sama2 lg..perlukah kita mengharapkan dia lg utk membayar...jika kita memahami tentu sekali giliran kita plak utk membayar... so disini perlu ada saling memahami..bergilir-gilir dlm hal belanja membelanja ni.. mmg xpatut kn klu nk slalu mharapkan dia sorang je yg bayar...sbb tu sy sgt suka ngn sorang kwn sy ni..tp now dah lama xjupa...sbb dipisahkan oleh dua negara..bila blk nti mmg harap jumpa dia n kuar makan sama2 lg..disini kita leh nilai sahabat dgn wang ringgit..maksud sy jika sahabat itu xpenah berkira pasal duit ngn kita itulah sahabat yg baik bg kita...n kita juga jgnlah kedekut juga..salinglah memahami dlm hal ni...skrg susahkan nk cari sahabat yg mcm tu...klu ada pun hanya sementara...tp sahabat sy yg sorang ni mmg sahabat yg sy percaya dimana pun berada..insyaAllah
apa yg sy citer ni mmg ikhlas dr hati sy..krn sy mmg ada seorg shabat yg betul2 memahami n sy juga sgt memahami dia..sntiasa tolong menolong..itulah yg terbaik... nk cari sahabt yg baik test lah ia dgn wang ringgit..jika dia berhutang.. adakah dia segera membayarnya..jika dia bersegera dlm hal ni maka dia kemungkinan boleh jd sahabat kita yg baik.. tp jika dia berlengah dlm mbayar or mmg xnk bayar...maka dia bknlah sahabat yg baik n memahami...tp jika diri kita plak yg bhutang.. kita kenalah juga bersegera utk mbayar.... so faham2 lah kan...kena ada faham2 ni penting dlm bersahabat.... ingat...utk memenuhi impian diri sendiri adalah perjuangan utk memenuhi impian diri org lain [sahabat] adalah pengorbanan... berkorbanlah apa shj utk sahabat agar ia dpt dikenang didunia n akhirat. insyaAllah akan menjadi kenangan terindah dlm hidup kita....

Posted at 09:44 pm by almaslul
Permalink
 Ketika kumohon kepada Allah kekuatanAllah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuatKetika kumohon kepada Allah kebijaksanaanAllah memberiku masalah untuk di pecahkanKetika kumohon kepada Allah kesejahteraanAllah memberiku akal untuk berfikirKetika kumohon kepada Allah keberanianAllah memberiku bahaya untuk kuatasiKetika kumohon Allah sebuah cintaAllah memberiku orang orang bermasalah untuk ku tolongKetika ku mohon kepada Allah bantuanAllah memberikanku kesempatanAku tak pernah menerima apa yang kupinta,tetapi aku menerima segala yang ku perluKetika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbukatetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintuyang tertutup sehingga tidak melihat pintuyang di bukakan bagi kitaorang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memilikihal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikanyang terbaik dari setiap hal yanghadir dalam hidupnya.mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapaorang yang salah sebelum bertemu dengan orangyang tepat, kita harus mengerti bagaimanaberterima kasih atas kurniaNya.Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling'kita tersenyum, jalanilah hidup kita sehingga padawaktu kita meninggal, kita tersenyum danorang orang di sekeliling kita menangis.

Posted at 06:54 am by almaslul
Permalink
Oct 19, 2006
aku insan biasa... .dilahirkan ke dunia hanya untuk yang Esadilahirkan ke dunia untuk berbakti kepada ibu dan bapadilahirkan ke dunia untuk berbakti kepada agama,negara,nusa dan bangsa.aku insan biasa... .yang sering alpa dan lekayang sering terkapai-kapai dalam mengejar cita-citayang sering tewas dalam berkata-kata aku insan biasa... .yang punyai hati dan perasaanyang punyai kelebihan dan juga kekuranganyang punyai belas ihsan bukan kemewahanaku insan biasa... .ingin hidup bahagiaingin sentiasa disayangi sahabat,saudara dan keluargaingin mendapat keredhaan hidup dari yang Esaaku insan biasa... .yang tidak punya apa-apahanya pena yang mampu meluahkan segala-galaagar dapat dikongsi bersama semuaAKU INSAN BIASA... ...
Posted at 01:52 pm by almaslul
Permalink
Sep 25, 2006
semangat perjuangan harmoni...
pencarian ilmu itu bermula dengan langkah yang suciandai niat untuk itu kita akan ketemu kejayaan hakikibukan semua orang akan terus ketemu kejayaan itukejayaan bukanlah datang bergolekbagi mereka yang sudah ketemuinyateruskanlah perjuangan menuntut ilmukerana ia tak kan berakhiryang belum berjaya teruskanlah pencarian ituia juga memerlukan kesabaran dan semangatatas dorongan dan sokongan kawan-kawanlah akan membuatkan kita kuatteruskan perjuangan wahai sahabatusah gentar jangan bimbangkerana kejayaan sudah ditentukan cuma belum diketemukan yakinlah pada diri......
Posted at 06:06 pm by almaslul
Permalink
Aug 7, 2006
RENUNGAN
1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain buruk
4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut
TAPI...
1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri. sedarlah. bukan senang nak jadi senang.
BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH
Posted at 08:19 pm by almaslul
Permalink
Jul 7, 2006
TIDURLAH SEBENTAR WAHAI PEJUANG UMMAH
Hendak tidur, tidurlah mata, Moga hilang nanti lelap di dada, Hendak lena, lena lah jiwa, Moga esokkan kembali ceria.... Lama aku berjuang, Ku menempuh duri dan gelombang, Lama ku berpanas hujan, Ingin ku regup setitik kedamaian.... Moga dapat ku rehat seketika, Membasuh lukanya dosa dan noda, Doakan aku teman semua, Bangkit ku nanti berjuang semula.... Nanti akan ku impikan, Bersama kita berganding tangan, Nanti akan ku impikan, Bendera Islam sama dikibarkan.... Aku kini lemah tak berdaya, Tak mampu rasa mengimbang perasaan, Kerdilnya diri di sisi Tuhan, Terasa malu menatap alam.... Tidurlah....tidur biar lena, Bersama dodoian kasih ini, Nanti bila terjaga, Dapat kau bangkit berjuang semula... Tidurlah....tidur biar lena, Bersama alunan cinta dihati, Nanti bila terjaga, Dapat berbakti pada agama....
Posted at 01:58 pm by almaslul
Permalink
Jun 15, 2006
CINTA,KEKAYAAN,KECANTIKAN,KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN...
Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.
"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN. "KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut.Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini. " sahut KECANTIKAN.CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN.
Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya,oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu.
CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu.
Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ... "
Posted at 06:38 am by almaslul
Permalink
Jun 1, 2006
AKU TERSILAP.. MEMASANG ANGAN PADA MERAK KAYANGAN WALAU KU TAHU CANTIKNYA TAK TERBILANG NAMUN AKU KECUNDANG JUA AKU TERSILAP LAGI... MEMETIK BINTANG DILANGIT WALAU KU MENGERTI TINGGINYA MENGGUNUNG TAPI AKU..KECEWA JUA.. AKU TERSILAP LAGI... MENGARANGI PUISI DILAUTAN WALAU KU SEDAR AKU BUKANLAH..PENYAIR NAMUN AKU MENANGIS JUA BIAR KINI... AKU KECUNDANG,KECEWA DAN MERANA NAMUN..TAK KAN KU JADIKAN LANGKAH KEDUA KU TERSILAP LAGI KERANA KINI AKU SEDAR AKU ADALAH AKU BUKAN DEWANGGA KAYANGAN
ALHAMDULILLAH ..HARI DEMI HARI YG DITEMPUHI TELAH MENINGGALKAN KITA. ITULAH HAKIKATNYA KEHIDUPAN APATAH LG SBG SEORG YG BERGELAR PELAJAR. BAHANG EXAM BUKANLAH PELEMAH SEMANGAT JUANG. AKAN TETAPI APABILA MELIHAT DIRI YG SERBA KURANG MEMBUATKAN DIRI BERKORBAN MENCARI KELEMAHAN MENYINGKAP KEKURANGAN MEMBONGKAR SEPERTI 'EDISI BONGKAR'..BUKAN MEMBONGKAR KELEMAHAN DIRI ORG LAIN AKAN TETAPI MENYIASAT SPT 'EDISI SIASAT' AKAN KEDHOIFAN DIRI INI SENDIRI. MACAM-MACAM YG BERLAKU (BUKAN 'MACAM2 AZNIL') PADA DIRI AKAN RASA BETAPA DIRI INI KERDIL DIHADAPAN NYA. AKAN TETAPI APABILA ADANYA UKHUWAH PERSAHABATAN (FRIENDSTER) MEMBUATKAN DIRI INI KEMBALI BERSEMANGAT MENERUSKAN PERJUANGAN DALAM ERTI KATA BERSATU DALAM 'MYTEAM'...JADI KEPADA SEMUA SAHABAT SAMA-SAMALAH KITA MEN'DOWNLOAD' IMAN KITA AGAR BERTAMBAH JANGAN DIBIARKAN IANYA BERKURANGAN.

Posted at 03:02 am by almaslul
Permalink
May 25, 2006
Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya... Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan...Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain… Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Posted at 08:46 am by almaslul
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|